As-salam / Salam Sejahtera.
Tips Pak Abu - Tabung Rizab 3 bulan gaji.
1. Simpanlah sebanyak 3 bulan gaji sebagai tabung kecemasan/dana rizab atau sebagai langkah berjaga-jaga jika kehilangan pekerjaan. Terserah kepada tuan/puan untuk meyimpan lebih lagi, contoh 6 bulan gaji dan seterusnya.
2. Simpan dalam akaun yang tiada kad atm supaya tidak mudah dikeluarkan seperti Tabung Haji.
3. Bagus juga jika boleh buat potongan gaji supaya boleh menyimpan secara konsisten dalam akaun ini secara bulanan.
4. Untuk muslim, Pak Abu cadangkan untuk menyimpan dalam Tabung Haji. Di samping menyimpan untuk pergi menunaikan haji, boleh juga digunakan sebagai simpanan kecemasan. Jadi ada dua matlamat dalam 1 akaun.
5. Akaun ini boleh menjana sedikit dividen tahunan walaupun tak banyak. Dividen ini bolehlah dikeluarkan untuk perbelanjaan jika perlu, tetapi simpanan asas 3 bulan gaji tu hendaklah diganti semula jika telah dikeluarkan dalam kes kecemasan.
6. Dah ada tabung ni nanti, tuan/puan mungkin tak perlu meminjam wang dari saudara-mara/bank dan rakan-rakan jika memerlukan jumlah yang kecil, pinjam saja dari tabung ini. Ini boleh mengelakkan masalah dengan mereka jika terlambat bayar hutang. Ukhuwah lebih terjaga.
7. Pak Abu cadangkan untuk tetapkan matlamat dengan menetapkan berapa jumlah simpanan bulanan dan berapa tahun untuk mengumpulkan tabung ini. Terserahlah mengikut keselesaan sebab Pak Abu tahu tuan/puan ada banyak komitmen bulanan nak bayar itu dan ini.
8. Contoh Pelan : Gaji Ali RM 3000 sebulan, jadi Ali perlu menyimpan RM 3000 x 3 bulan = RM 9000. Ali menyimpan RM150 sebulan selama 5 tahun/60 bulan. RM 150 x 60 = RM 9000.
9. Selepas 5 tahun Ali akan ada simpanan lebih RM 9000 dan andai kata kadar dividen ialah 4 %, dividen yang terhasil di atas simpanan sendiri itu (tidak termasuk dividen sepanjang 5 tahun itu) ialah RM 9000 x 4 % = RM360 dan ianya masuk pokek tuan/puan bukan kocek Pak Abu ye...
10. Kalau gaji RM 1000 sebulan pun Pak Abu nasihat amalkan juga tips simpan 3 bulan gaji ni walaupun kecilkan simpanan bulanan ke RM20 contohnya. Simpanlah walau RM 20 selama 150 bulan/12.5 tahun, nanti ada RM3000 . Kalau mula meyimpan semasa umur 20 tahun, dah umur 32.5 tahun nanti dah ada RM3000 dalam simpanan.
11. Dividen boleh dihadiahkah sebahagiannya kepada ibubapa atau dibelanjakan/infak dan derma. Jika dividen tidak dikeluarkan, lagi cepat masa diperlukan untuk kumpulkan 3 bulan gaji tu.... Pada tahun kedua nanti, dividen akan dikira atas simpanan + dividen tahun pertama + simpanan tahun kedua dan seterusnya. Mat Salleh panggil proses beranak ni "compunding effect".
12. Walau pun simpan sedikit-sedikit sebulan, dari segi sains, ia akan dirakam dalam minda separa sedar otak kita, mulakan bulan ini, selepas beberapa tahun lagi, yang ambik tindakan sudah ada tabungan rizab masing-masing.
13. Pak Abu harapkan tuan/puan amalkan tip di atas dan Pak Abu doakan semoga berjaya, nanti dah berjaya berdisiplin menyimpan 3 bulan boleh pula teruskan pula menyimpan untuk lain-lain tujuan/matlamat seperti menyimpan untuk modal berniaga atau juga melabur. Mungkin setelah berjaya dalam pelaburan/perniagaan tuan/puan berjaya bayar zakat. Bayar zakat dapat pahala, bila infak/derma dapat pahala untuk saham akhirat. :-).
14. Mudahan-mudahan dengan ikhtiar tabung ini dapat membantu tuan/puan di kala kesusahan/kecemasan. Mungkin pada masa itu tuan/puan ada anak yang hendaklah melanjutkan pelajaran selepas SPM, jika tak cukup, boleh pinjam dari simpanan rizab sendiri. Ganti semula hingga cukup 3 bulan. Berdoalah semoga berjaya.
15. Kalau ada apa2 tips di atas yang tuan/puan yang bijaksana tak setuju, Pak Abu minta maaf. Jadi boleh laksanakan atau lupakan sahaja. Boleh cuba dulu, kalau tak berjaya apakan daya. Kalau nanti ada tuan/puan yang berjaya menyimpan 3 bulan gaji suatu hari nanti... raikan kejayaan itu dengan sedekahkahlah sebahagian dividen itu ya..
Tak apa kalau GAGAL menyimpan, Lebih menyesal kalau TAK CUBA.
Just another free Blogger theme
0 comments:
Post a Comment